Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.
Sumber : Wikipedia
KEBAIKAN ANTIOXIDANT
Konsep kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang
ingin memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula
jadi khsususnya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan
dalam merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk
kecantikan hari ini.
Antioksida sebenarnya bukanlah sejenis
‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke
atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan
akibat radikal bebas adalah dengan memakan makanan yang mengandungi
antioksida.
Hasil kajian
saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan
mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah
pelbagai jenis penyakit dialami manusia hari ini.
Amat penting
bagi menentang radikal bebas yang menyebabkan masalah penuaan dan
pelbagai penyakit lain seperti barah. Radikal bebas masuk ke tubuh
apabila kita menyedut udara yang tercemar seperti asap rokok. Ini
menyebabkan berlaku proses pengoksidaan yang merosakkan sel sihat dan
menyebabkan anda tampak tua dan kurang sihat. Bagi mengatasinya,
antioksida digunakan bagi mengawal proses pengoksidaan ini.
Antioksida adalah penawar semula jadi yang boleh mengawal dan
menyingkir radikal bebas. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan
merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang
rosak akibat radikal bebas itu.
Lebih menarik, antioksida
juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida
adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan
radikal bebas, selain memainkan peranan penting bagi membina dan
mengekalkan kekebalan badan. Ini berlaku dengan menggalakkan gerak balas
dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisme
pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta
organisme lain yang menyumbang kepada proses penuaan.
Mengamalkan pemakanan seimbang dan pelbagai makanan yang kaya dengan
antioksida dalam menu harian dapat membekalkan badan dengan bekalan
antioksida secukupnya.
PERMOHONAN AGEN / PERTANYAAN?
SMS 0174271383
FB : eedazz zed / TreeneaAlorGajah
Emel : beautysigne@gmail.com
No comments:
Post a Comment