At TREENEA, we have made supplements the focus of all our energy, quality and know-how for nearly a century. We are fully committed to putting all our expertise and research resources to work for the well-being of men and women, in all their diversity, around the world.
"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan di dunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA

"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasitsemulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit
" Dr. John J. Kabara, Professor Emeritus, Michigan State University and Consultant to Private Industries, Universities and Government Agencies, Galena, Illinois, USA.

"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan
" Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA
Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Wednesday, 12 August 2015

Monday, 10 August 2015

Khas utk Pelanggan Treenea Tersayang

Kongsikan testimoni anda dan menangi wang tunai.









☏ (Fast Respon) Whatsapp: 017-4271383

Monday, 3 August 2015

Mengejutkan!! Ini Yg Terjadi Jika Makan Miera Bella

8 KESAN TERJADI LEPAS AMALKAN VCO & Premium MieraBella!

👉 Kulit lembut & gebu
👉 Liang roma tertutup
👉 Jeragat berkurang
👉 Muka tampak muda
👉 Kulit lebih lembap
👉 Badan cergas bertenaga
👉 Kulit lebih sihat & bermaya
👉 Jerawat & Parut Jerawat berkurang


Sebab apa?


Ramai yg tidak tahu, komponen penting dalam kelapa, Phospholipid menyumbang kepada pelbagai fungsi untuk kesihatan manusia!
😊Sebab itu..
Penghidap Alzheimer @ Lemah daya ingatan dapat dibantu oleh Minyak Kelapa Dara.
Siapa cakap makan Minyak Kelapa Dara @ VCO untuk cantik saja?!

Credit : FB Treenea official





☏ (Fast Respon) Whatsapp: 017-4271383 PM : https://www.facebook.com/messages/510730815615338

Saturday, 1 August 2015

Fungsi Antioksidan Dalam VcoA

Salam,

Admin nak share ttg fungsi ANTIOKSIDAN dalam VCOA.

Baguskan khasiat VcoA ni utk kesihatan kita . Bukan itu shj ia amat sesuai utk semua peringkat umur dari bayi hingga dewasa. Setiap keluarga perlu ada VcoA sbg makanan tambahan pilihan.

Dptkan produk VcoA dari saya Stokis sah Treenea.







☏ (Fast Respon) Whatsapp: 017-4271383 PM : https://www.facebook.com/messages/510730815615338

Wednesday, 29 July 2015

INFO : 6 Kesan Akibat Kekurangan Vitamin E




11 CARA VITAMIN E dalam VCO MEMBANTU ANDA!

+ Merawat anemia
+ Mencegah keletihan & kelesuan
+ Menyihatkan struktur mata
+ Menguatkan akar rambut
+ Menguatkan pergerakan
+ Merawat penghidap kencing manis
+ Meningkatkan kesuburan (suami isteri)
+ Mengurangkan senggugut (period pain)
+ Mengurangkan Asthma, Sunburn, Cysts
+ Merawat Alzheimer's (lemah daya ingatan)
+ Mempercepatkan luka (luka accident,luka bersalin)



☏ (Fast Respon) Whatsapp: 017-4271383 PM : https://www.facebook.com/messages/510730815615338

Saturday, 20 December 2014

MANFAAT AIR KELAPA




MANFAAT AIR KELAPA



Air kelapa muda juga boleh digunakan untuk perubatan kerana sifatnya yang semulajadi dan datang terus dari alam. Seelok-elok air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya.

Air kelapa muda yang telah diruqyah apabila dicampurkan dengan sedikit garam bukit sangat bagus untuk rawatan santau dan batuk berdarah. Lebih-lebih lagi kalau sudah diruqyah dengan ayat-ayat al Quran, selawat dan doa-doa kesembuhan yang warid dari Rasululullah saw.

Air kelapa yang dicampur dengan garam bukit juga sangat bagus untuk rawatan ketagihan dadah, rokok dan seumpama dengannya. Kaedah ruqyah yang sesuai untuk rawatan tersebut adalah membacakan 40 kali al Fatihah kepada campuran tersebut.

Air kelapa mempunyai banyak khasiat yang dibuktikan secara saintifik. 

Antaranya:

(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4) Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

Buah kelapa yang sudah gugur, tidaklah terjamin airnya masih elok atau tidak.

"Petikan dari buku terbaru KISWAH; RAHSIA AIR RUQYAH..."....
Kenapa VCO termasuk kategori "SUPERFOOD"?



Dr Bruce Fife telah bertahun-tahun membuat kajian tentang kelapa dan minyak kelapa. Memang betul, sebahagian besar kandungan minyak kelapa adalah lemak tepu, tetapi LEMAK TEPU DI DALAM MINYAK KELAPA BUKANLAH LEMAK BERBAHAYA YANG BANYAK DITAKUTI oleh SEMUA ORANG. Dr Bruce Fife telah mempunyai banyak BUKTI SAINTIFIK bahawa minyak kelapa adalah sihat dan menyihatkan.
" Minyak kelapa sangat unik kerana terdiri daripada ASID LEMAK RANTAI SEDERHANA (MCT)," kata Dr Bruce Fife.

MCT dan Asid Laurik seperti dalam minyak kelapa yang membuat berbeza dari semua lemak lain dan MCT mampu memberikan fungsi penyembuhan.
" Lemak tepu di dalam minyak kelapa TIDAK MENYEBABKAN PENYAKIT JANTUNG," katanya, mengutip sebuah kajian tahun 2010. " TIDAK ADA BUKTI menunjukkan LEMAK TEPU BERBAHAYA", menurut Dr Bruce Fife.


DAPATKAN KEBAIKAN AIR DAN MINYAK KELAPA DARI VCOA KAMI:



1. VCOA 60 softgel RM40
2. VCOA Mega 120 softgel RM75
3. VCO Liquid 180ml RM40
4. NUSKEEN khas untuk masalah kulit jerawat RM54
5. NUTREES untuk masalah kelemumur dan keguguran (botak) RM59

☏ (Fast Respon) Whatsapp: 017-4271383 PM : https://www.facebook.com/messages/510730815615338








Tuesday, 30 September 2014

KENAPA KELUARGA ANDA MEMERLUKAN MINYAK KELAPA DARA?




PENYELESAIAN BERKESAN SEISI KELUARGA!

100% Selamat, Mudah & Terbukti Berkesan!

KEPAKARAN Treenea adalah membantu menyelesaikan masalah 6 golongan;

✔ Bayi
✔ Kanak2
✔ Ibu Hamil
✔ Dewasa
✔ Remaja
✔ Warga tua

Melalui Minyak Kelapa Dara (VCO) yang BERMANFAAT untuk kesihatan serta kehidupan manusia!

Minyak Kelapa Dara atau VCO Treenea ada dalam 2 bentuk ye:

1. Softgel
- Biasa 60 Kapsul @RM40
- MEGA 120 Kapsul @RM75

2. Cecair (180ml)
- Perisa Asli @RM40
- Perisa Nenas @RM45


CARA PENGAMBILAN (Softgel / Cecair)
* 2-5 kapsul / 2-4 sudu
* 2 kali sehari
* 30 min sebelum makan @ selepas makan.

Mudah kan??

So, kalau family korang belum ada lagi stok VCO ni kat rumah, elok la sediakan at least 1 botol untuk kegunaan seisi keluarga. 

Tapi ingat ya, VCO ni BUKAN UBAT, so macam suplemen yang lain, korang kena ambil secara konsisten barulah menampakkan hasilnya.

Cubalah 1 minggu dahulu, ramai sudah yang telah merasai perbezaan nya walaupun hanya baru seminggu mengambil VCO =)

Jangan sudah sakit, baru nak cari penawarnya.
Mencegah lebih baik dari mengubati.

Sayangsss semua;
Admin.

11 SEBAB ANDA MESTI AMBIL VCO TREENEA!


11 SEBAB ANDA MESTI AMBIL VCO TREENEA!
1) Formulasi oleh PAKAR (Saintis)
2) Tiada kesan sampingan
3) 100% Halal & Berkesan
4) Tinggi kandungan ANTIOKSIDAN
5) Tambahan VITAMIN E (Lebih Berkesan)
6) 100% pati kelapa dara ORGANIK
7) Sesuai utk BAYI & IBU HAMIL
8) Berbaloi & Menjimatkan
9) Melalui penghasilan minyak yg terbaik "Cold-Pressed"
10) Terdapat dlm bentuk SOFTGEL
11) Terdapat dalam perisa ASLI & NENAS ENAK


================================
Sudah berjuta penduduk dunia telah mendapat manfaat KELAPA!
Kini tiba masa anda mengubah gaya hidup yg dapat menyelamatkan NYAWA & MENJIMATKAN anda drp KOS PERUBATAN!

Bacalah tentang manfaat BUAH KELAPA! Anda pasti tidak mahu ketinggalan drp mendapat manfaatnya!

Mencegah adalah lebih baik drp mengubati!

Friday, 15 November 2013

Kegunaan Kelapa untuk bayi di KERALA, INDIA.

Kegunaan Kelapa untuk bayi di KERALA, INDIA.
oleh Sheela Rani Chunkath, The New Indian Express.

Di Kerala, kelapa dan minyak kelapa digunakan secara meluas. Minyak kelapa digunakan pada rambut dan badan sebelum mandi. Ayurveda menggunakan minyak kelapa secara meluas dalam banyak rumusan mereka.

Ibu bapa di Kerala sering membuat puri dan minyak kelapa mereka sendiri di rumah untuk kanak – kanak atau anak kecil.

Puri Kelapa
Kelapa matang diambil dan isi kelapa dikikis keluar. Isi kelapa kemudiannya dibuat puri menggunakan pengisar ditambah sedikit air untuk menghasilkan ekstrak santan putih. Ini dipanggil 'susu pertama.'

Minyak Kelapa
1. Ambil ekstrak kelapa.
2. Rebus di atas api yang rendah.
3. Selepas kira-kira 1jam setengah minyak perlahan-lahan akan terasing dari puri kelapa.
4. Dalam dua jam, semua minyak akan keluar.
5. Setelah puri kelapa bertukar perang sedikit, anda boleh botolkan minyak tersebut.

Minyak ini adalah seperti emas tulen, kaya dengan nutrien, dengan aroma indah dan rasa sedikit manis.
Minyak tersebut kemudiannya digunakan untuk mengurut bayi yang baru lahir. Kerana ciri-ciri antikulat, antibakteria , dan penyerapan minyak kedalam tisu kulit untuk bayi terus sihat dan bebas jangkitan.

“Saya telah bertukar menggunakan ‘home-made’ minyak kelapa. Selepas menggunakan minyak kelapa pada muka saya, saya tidak lagi suka unutk menggunakan mana-mana krim komersial .“ kata Sheela.


Saturday, 9 November 2013

BAHAYA KEKURANGAN AIR & SEBAB KENAPA BADAN PERLUKAN AIR





Adakah anda mengalami penghidratan?

Tahukah anda, kesan daripada penghidratan boleh menyebabkan masalah KEGAGALAN FUNGSI BUAH PINGGANG.

Terdapat juga kes yang lebih TERUK iaitu membawa kepada KOMA dan mengundang MAUT.

Atasi masalah penghidratan dengan mengambil sumber air daripada semulajadi seperti AIR KELAPA!

Selain menghilangkan dahaga, kandungan air kelapa seperti elektrolit dan glukosa yang bersifat ISOTONIK dapat menggantikan cairan yang hilang dalam badan!

Sukar mendapat sumber air kelapa? Jangan risau, VCOA dapat membantu anda!

BAGAIMANA???

Ramai juga yang mengadu kenapa bila ambil VCO rasa haus sangat? Selain dari sebab healing krisis, ini menandakan badan kita tidak cukup air!

Kalau haus apa kita buat? Mestilah kita akan semakin banyak minum air kan. Jadi dengan mengambil VCO secara tidak langsung kita semakin banyak minum air dan semakin lama badan kita akan mendapat kebaikan dari amalan tersebut. 


Selain itu, terutamanya sekiranya anda mengambil supplemen / vitamin tambahan ni, ia juga akan membantu proses detoks/penyingkiran toksin dalam badan. Vitamin yang dalam bentuk pekatan tu akan lebih mudah "tersebar" ke seluruh badan dengan pengambilan air yang mencukupi.

TAK PERCAYA? CUBALAH! =)

Ok jom kita tengok apa lagi kebaikan air kosong kepada tubuh badan kita.


KENAPA ANDA PERLU MINUM AIR KOSONG SEKURANG-KURANGNYA 8 GELAS SEHARI 



1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan

Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser.

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


TIPS : SEDIAKAN SEBOTOL KECIL AIR DI SEBELAH MEJA KERJA ANDA DAN TEGUK SETIAP 10 MINIT. 
SELAMAT MENCUBA!




Untuk info dan pertanyaan PM/0174271383

Friday, 8 November 2013

Kelapa OH kelapa!






Mengapa kelapa SANGAT DISANJUNG pada zaman dahulu sehingga dipanggil
“The Tree of Life”?

Kelapa adalah sangat berkhasiat dan kaya dengan serat, vitamin, dan mineral. Ia diklasifikasikan sebagai "makanan berfungsi" kerana ia memberikan banyak manfaat kesihatan di luar kandungan pemakanan.

Minyak kelapa adalah istimewa kerana ia mempunyai ciri-ciri penyembuhan yang jauh berbeza daripada minyak pemakanan yang lain dan digunakan dengan meluas dalam perubatan tradisional di kalangan Asia dan Pasifik penduduk.

Kepulauan Pasifik menganggap minyak kelapa sebagai penawar untuk semua penyakit. Pokok kelapa begitu amat dihargai oleh mereka kerana ia merupakan sumber makanan dan perubatan. Menyebabkan ia dipanggil "The Tree of Life."

Hanya baru-baru ini perubatan sains moden membongkar rahsia tentang kekuasaan penyembuhan yang menakjubkan oleh kelapa.

VIA - http://www.coconutresearchcenter.org/

Hargailah kelapa, jom kita lihat kebaikan pokok kelapa kepada kita ;)



Ramai mengakui pokok kelapa memang pokok seribu guna.



Santan kelapa yang didapati dari buah, memang boleh menjadikan kulit gebu, sihat dan bersinar!




Jadikan air kelapa minuman kegemaran kita =)



THE TREE OF LIFE

Kebaikan ROSE HIP OIL


LUMIERE FACE SAVON

Tahukah anda LUMIERE FACE SAVON ada Rose Hip Oil?

APA ITU ROSE HIP OIL?
Rose Hip Oil amat berkesan untuk semua jenis kulit dan masalah kulit.
Rose Hip Oil mampu membantu:

1. LEKUK DAN MENGURANGKAN PARUTIanya amat berkesan ke atas parut yang disebabkan oleh jerawat dan pembedahan, kesan bakar, campak, kecederaan dan luka. Keupayaan membaik pulih sel Rose Hip Oil amat berkesan untuk menggantikan tisu kesan parut dengan tisu yang sihat dan kulit yang normal. Ianya tidak setakat membaik pulih semula struktur kulit, ianya juga memperbaiki warna kulit dan ketegangannya.

2. ATASI PENUAAN KULITRose Hip Oil menghalang dan mengembalikan kesan-kesan tanda penuaan kulit seperti kedut di mata dan kulit kendur dengan merangsang aktiviti selular kulit untuk menambahkan keupayaan pembaruan dan penghasilan sel-sel kulit baru. Muka anda akan menjadi lebih licin dan bila kesan tanda-tanda penuaan semakin hilang.

3. MEMUDARKAN PIGMENTASIIanya menambahkan keupayaan kulit untuk menghasilkan sel-sel baru. Bila sel-sel baru menggantikan sel-sel lama, tompok pigmentasi akan menjadi pudar. Rose Hip Oil juga boleh merangsang pemudaran "topeng kehamilan" (pigmentasi yang berlaku di pipi ketika mengandung)

4. MENGHIDRATKAN SEMULA KULITBila kita menjangkau umur 50 tahun, kulit kita menghasilkan 10 kali kurang minyak berbanding dengan ketika kita berumur 25 tahun. Kekurangan minyak dan kekurangan lembapan akan membawa kepada dihidrasi dan kedutan pada kulit. Rose Hip Oil mengembalikan keseimbangan optimum asid lemak dan air yang menghidratkan semula kulit.



VIA - Lumiere Face Savon by Treenea


Untuk info dan pertanyaan PM/0174271383

Friday, 25 October 2013

SANTAN MEMBEKALKAN TENAGA SEGERA

SANTAN? Tahukah anda bahawa pengambilan santan membekalkan tenaga segera kerana santan mengandungi 65% asid lemak tepu rantai sederhana (MCT - meduim chain trigliseride).

Penemuan ini mencetuskan industri pengetinan santan kelapa yang terdapat di kepulauan Hainan untuk dieksport ke China sebagai produk minuman pembekal tenaga!

VIA - Santan...O...Santan dari mana asal mu kalau tidak dari kelapa oleh Dr. Kamariah Long, Pusat penyelidikan Bioteknologi.




Treenea Virgin Coconut Oil

Untuk info dan pertanyaan PM/0174271383

Tuesday, 27 August 2013

VCO = brain food to prevent and cure Alzheimer

Assalamualaikum =)

Sebenarnya masyarakat barat sana nun dah lama dah guna VCO ni utk bantu pengidap Alzheimer.. yg belum kena Alzheimer pun bole bantu elakkan dari kena / cepat kena.

Menurut kajian, keton yg terdapat di dalam minyak kelapa berupaya utk trigger aktiviti neuron di otak. Mcm memory food la jugak VCO ni.

More details bole baca di sini ->
http://www.naturepacific.com/contents/en-us/d227_virgin-coconut-oil-brain-food-prevent-Alzheimers.html

Kat youtube pun ada -> http://www.youtube.com/watch?v=Ls6VE3ZagUI&feature=youtu.be

Tak percaya??? Cubalah!

SMS/WA 0174271383 utk order ye =)

Monday, 27 May 2013

RAHSIA PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA



Minyak Kelapa Dara bermaksud minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.

Keterangan Minyak Kelapa Dara

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic.

Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama dalam hubungan suami isteri.

ANTARA KESAN AWAL PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA:

1. Melawaskan Pembuangan Air Besar & Kecil.
Ia membantu dalam menyelesaikan masalah SEMBELIT & KENCING TIDAK LAWAS serta membuang TOKSIN melalui najis.

2. Melegakan Pernafasan.
Minyak kelapa dara membantu mencairkan KAHAK & membersihkan laluan pernafasan & kerongkong.

3. Menigkatkan Kadar Metabolisma Pada Seluruh Tubuh.
Ia juga dipanggil sebagai tenaga segera. Minyak Kelapa Dara akan diserap terus sebagai komponen TENAGA didalam badan. Badan anda akan rasa lebih BERTENAGA.

4. Bertindak Sebagai Antivirus di Dalam Badan.
Didalam usu kecil & usus besar ia akan memusnahkan organisma perosak seperti VIRUS, BAKTERIA, KULAT & PROTOZA (cacing). Oleh proses penghadaman akan mencapai tahap yang maksima.

5. Mengurangkan Keadaan Mudah Lapar.
Apabila proses penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh badan akan menerima lebih KHASIAT & TENAGA! Oleh itu, berat badan dapat dikawal.. Tidap perlu makan banyak & kerap.

6. Mengurangkan Kandungan Lemak Badan.
Berat badan TURUN mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

7. Mengurangkan Risiko Serangan Sakit Jantung & Risiko Darah Tinggi.
Minyak Kelapa Dara berfungsi bagi mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah, terutamanya saluran yang berhubung dengan jantung.

8. Mempercepatkan Proses Penggantian Sel-sel Mati Dengan Yang Baru.

9. Mengembalikan Keanjalan & Kelembutan Kulit.
Minyak Kelapa dara mengandungi kandungan Antioksidan yang terbaik dalam mestikan kulit kekal tampak muda..


*TREENEA merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam penghasilan Minyak Kelapa Dara. Minyak kelapa dara Treenea telah dinamakan sebagai VCOAntioxidants. Ia telahpun ditambah baik dengan VITAMIN E, D & A untuk kesan yang paling optimum. VCOAntioxidants terdapat dalam 2 bentuk untuk kegunaan dalaman & luaran:

a) 60 Softgel
b) 180 ml


                               PM/WASSUP 017-4271383 (IDA) UTK KETERANGAN LANJUT
                                            

Sunday, 26 May 2013

KEPENTINGAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU HAMIL & BAYI



Minyak kelapa dara (VCO) diiktiraf sebagai 'functional food' (makanan yang membekalkan komponen kesihatan melebihi komponen untuk tenaga) dan bebas kolestrol amat disarankan diambil sebagai tambahan dalam menu harian bagi setiap wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi.

Kandungan 50% lemak tepu aktif (asid laurik) dalam VCO memberikan nutrien serupa dengan susu ibu serta bersifat antivirus, antibakteria dan antikulat/fungus semulajadi terbaik, manakala 6% asid kaprik dalam VCO pula berperanan meningkatkan antibodi dan keupayaan melawan jangkitan penyakit. Kajian mendapati ibu2 yang mengambil makanan berasaskan minyak kelapa akan meningkatkan 2-3kali ganda nutrien asid laurik dan asid kaprik dalam susu badan mereka. Justeru anak yang disusui mendapat manfaat optimum dan membesar dengan lebih sihat kerana sistem imunisasi badan lebih kuat.

Selain membekalkan tenaga segera yang mencegah rasa letih dan mengantuk, pengambilan VCO pada peringkat awal kehamilan juga membantu mengurangkan 'morning sickness' iaitu loya dan muntah di awal pagi atau alahan yang teruk. Ini kerana VCO berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.

Bagi mereka yang pernah keguguran atau sukar mengandung juga disarankan mengambil VCO sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat kerana kelebihannya mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan. Proses bersalin secara normal juga menjadi lebih mudah dan lancar serta mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).

Pengambilan VCO oleh ibu2 hamil juga akan mengurangkan sembelit/buasir yang sering dihadapi kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan. Selain diminum/makan, ia juga boleh disapu pada perut, peha dan punggung untuk mengelakkan kesan regangan (strechmark). Lakukan ia secara rutin bermula pada pertengahan usia kehamilan. Kulit yang mendapat kelembapan dan kelembutan sepenuhnya akan mengurangkan tanda2 strechmark. Sapu juga pada betis dan kaki bagi mengelakkan kekejangan dan rasa tegang. VCO adalah pilihan paling baik untuk digunakan sebagai minyak urut bagi rawatan ibu2 dalam pantang. Sapuan pada luka bersalin juga akan mencegah jangkitan kuman, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan parut.

Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihataN).
"Minyak Kelapa Dara juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat umur, tanpa mengira usia." 



                         PM/WASSUP 0174271383 UTK KETERANGAN LANJUT
                                    ATAU LIKE PAGE KAMI DI  FACEBOOK
                                 Info Minyak Kelapa Dara - VCOAntioxidant

Sunday, 24 March 2013

TIPS HILANGKAN JERAWAT

TIPS HILANGKAN JERAWAT DENGAN VIRGIN COCONUT OIL (VCO)


Treenea VCOAntioxidants TIDAK AKAN membuatkan kulit and lebih berminyak atau bersifat 'komedogenik' yang akan menyebabkan liang roma tersumbat, malah beberapa krim jerawat menyenaraikan VCO antara BAHAN tambahan dalam produk mereka.


VCOAntioxidants akan membersihkan liang ROMA dari kotoran, MEMBUANG toksin, menghilangkan parut jerawat & menjadikan kulit anda lembut dan licin dengan cepat!

1. Gunakan pembersih muka untuk membuang solekan dan kesan kotoran pada permukaan. Bilas dengan air suam untuk membuka liang pori muka. DENGAN cara ini VCO akan dapat masuk ke dalam liang pori anda dan menolak keluar semua kotoran dan toksin.

2. Minyak kelapa adalah pepejal pada suhu bilik, tetapi haba badan anda akan cair dengan cepat. Gunakan hujung jari anda untuk mengurut perlahan-lahan VCO pada muka anda dalam gerakan membulat. Biarkan VCO meresap ke muka anda selama kira-kira dua puluh minit. Urut selama 5 minit, kemudian biarkan ia selama 5 minit, dan urut selama 5 minit lagi. Teruskan untuk dua puluh minit keseluruhan.

3. SELEPAS dua puluh minit, bilas VCO dari muka anda dengan teliti. Proses ini agak sukar sedikit kerana minyak adalah umumnya sukar untuk dibersihkan. Setelah dibilas, gunakan sedikit pembersih muka untuk membuang mana-mana minyak yang masih tidak dapat dibersihkan. 

4. Jika anda melakukan ini setiap hari, anda akan melihat PERUBAHAN dalam beberapa hari penggunaan. JIKA JERAWAT KELUAR PADA AWAL PERCUBAAN, Ini adalah perkara biasa, VCO membawa toksin ke permukaan. Perubahan dan kesan akan nampak dalam masa 3 hari, dan kulit akan jadi sihat dan lebih cantik :)

*Untuk mendapat kesan yang lebih efektif ambil 2 - 4 capsule VCOAntioxidants setiap hari!

SELAMAT MENCUBA~ :)



Friday, 22 March 2013

Minyak kelapa dara


Minyak Kelapa Dara bukan ubat tetapi makanan. Ia tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan. Tetapi individu yang berbeza dan ada yang mungkin akan mengalami tindak balas yang berbeza. Ini adalah kerana komponen asid laurik minyak kelapa yang anti-bakteria, anti-virus, dan kerja-kerja anti-protozoa untuk menghapuskan bakteria buruk dari sistem anda.

Untuk mengelakkan ini, adalah disyorkan ambil bersama 3-4 sudu besar. Bahagikan setiap dos yang lebih kecil sepanjang hari. Anda juga boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan VCO anda. Sesetengah orang mungkin alah kepadanya, walaupun ianya jarang berlaku.

Minyak kelapa dara adalah agak mahal kerana pengeluarannya adalah rumit dan sangat lengkap. Ia perlukan ketelitian untuk memastikan kualiti yang terbaik. Hanya kelapa sihat yang digunakan. Selepas penuaian, kelapa diproses secepat mungkin untuk mengelakkan kerosakan. Oleh kerana VCO dibuat dengan kelapa segar, ia tidak memerlukan penapisan lanjut. Sifat antioksidan semula jadi membuat minyak sangat stabil.

Persepsi bahawa 'minyak kelapa tidak baik untuk kesihatan' telah terbukti salah oleh pelbagai kajian saintifik yang dilakukan oleh ahli sains dan pakar-pakar.Penemuan terkini menunjukkan bahawa minyak kelapa mengandungi asid laurik yang tinggi (juga hadir dalam susu ibu manusia) yang sangat bermanfaat dalam serangan virus, bakteria, dan lain-lain patogen. Bahan antimikrob boleh digunakan untuk melawan pelbagai penyakit yang termasuk malah HIV membawa maut yang menyebabkan Aids.

Thursday, 21 March 2013

VCO dan JERAWAT


Minyak Kelapa Dara & JERAWAT!!?
Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit)

BAGAIMANA MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU?
Minyak Kelapa Dara (VCO) mempunyai aset anti-mikrob yang berkhasiat dalam bahan makanan iaitu Asid Laurik. Asid ini juga terdapat didalam susu ibu, dimana ia berfungsi melindungi bayi daripada sebarang jangkitan.

Apabila disapukan pada kulit, beberapa jenis mikrob yang baik pada permukaan kulit akan menukarkan asid ke Monocaprin & Monolaurin dimana ia menggantikan lapisan asid sebagai pelindung kulit. Ini dapat mengelakkan daripada jangkitan mikrob dan tiadalah jerawat! Ia bukan sahaja sebagai kegunaan luaran, malah ia boleh diminum bagi kesihatan & pelindungan dari dalam.

VCOAntioxidants kaya dengan Vitamin E. Ia membuatkan kulit anda sihat secara semula jadi. VCOA dapat memstikan kelenjar sebum berfungsi dengan baik disamping membersih & mengubati punca berlakunya masalah jerawat. VCOA mudah diserap dan mengelakkan keradangan kulit yang menjadi penyebab jerawat.

Selain itu VCOA dapat membantu metabolisme berfungsi dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung mempengaruhi dan mengimbangkan Hormon dimana ia merupakan salah satu penyebab berlakunya jerawat.

0174271383
PM kami untuk order.